Pages

Sunday 22 January 2012

Experience Is The Best Teacher

salam minni,

Quite long didnt blogging..huhu. Mungkin sibuk selepas mempunyai kerjaya?.haha.. Duk sana takde internet la..so disconnected dgn p'kmbgn kawan2. Only by phone is my way. Apa2 pun kne sabar dan terus bersabar.. Cuma satu la nk ckp, kite hidup nie kne byk cari pengalaman baru. Dengan pengalaman barulah kite mengetahui erti kehidupan. Semakin byk pengalaman yg kite cari, semakin matang dan dewasalah kita. Bkn dr segi umur, tetapi pemikiran kita.


Dengan pengalaman juga akan membawa kita supaya lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya membentuk kita menjadi seorang yang lebih kuat dan berani.

Drpd pengalaman tu kte akn gunakan dlm kehidupan kte kelak. My last words, belajarlah drpd pengalaman, cause Experience is The Best Teacher! All the best guys!

So, please enjoy with this copied poem..


PENGALAMAN MENGAJAR KITA LEBIH DEWASA

Ku terbayang wajah ini
Di permukaan tasik yang permai nan indah

Terpancar kerdipan sang bintang
Yang tersenyum lalu bersinar-sinar
Tatkala kerdipan hitam silih berganti
Symbol kehidupan aku ini…

Pengalaman pahit dan manis
Sering mengajarku erti kehidupan
Erti hidup dan dewasa

Pengalaman indah memberiku
Pengertian kebahagiaan yang ku cari
Pengalaman pahit memberiku
Pedoman untuk terus menjadi terbaik

Apa makna semuanya…?
Apa itu ‘Pengalaman’…?
Mengapa terjadi di usia semuda begini…?
Bagaimana pengalaman itu…?

Pelbagai pengalaman itu…benar…

Pengalaman bercinta
Pengalaman berbahagia
Pengalaman berjaya
Pengalaman berjuang

Pengalaman dikecewakan
Pengalaman dihina
Pengalaman dilukai
Pengalaman menempuh gagal

Itulah dinamakan pengalaman
Yang sentiasa menjadi kenangan abadi
Dalam kehidupan sekali aku ini…

3 comments:

  1. bestnyer dapat kerja..x cam kite.hehe

    ReplyDelete
  2. hehe. Xpe2, ddk umah tanam anggur pun dpt cari experience. :D

    ReplyDelete
  3. haha..bolehla.x sabar nk jumpa ina lg...hehe

    ReplyDelete