Pages

Monday 2 May 2011

Haram baca Utusan?

salam minni...hmm..malas lah nk updte blog skrg a.k.a BUSY. So, layan saje cerita nie...mlm td mkn2 umah cdiq. then, borink2 bce la surat khabar suara keadilan..hu3. Surat khabar 2 je kat umah dy..hmm, bgos2. Bace punya bace, t'bacelah isu nih.. "haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din" Mule2 cam terkejut la an, apehal pulakk. Tp mmg haram sebar fitnah kalau cerita tu x betul. X kisah lah mne2 akhbar ponn. BH pun skrg isu dy video seks tuh,, setiap hari mst ade isu tu, padahal dorang x keluarkn ape2 keputusan lg, saje nk 'hot2' kan.. Tp x kate BH 2 haram ek. Wallahua'lam.. K, malslah nk ckp pnjg2, b'politik pulak kang. ha3

Nie berita nye,


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.
“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.
Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.
Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.
Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.
“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Then, utusan cam marah la kot, dan berita kt bawah nie mcm kiasan sket.

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am Pas, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz, berkata, haram menyebar atau membaca mana-mana berita yang berbaur fitnah.
Menurut beliau, larangan Allah terhadap  fitnah secara jelas terkandung dalam Al Quran seperti disebut dalam surah An Nur dan Al Hujurat.
Ketika dihubungi KeadilanDaily hari ini, Dr Haron  bagaimanapun berkata, beliau merujuk kepada semua berita yang berunsur fitnah dan tidak menyatakan kepada mana-mana pihak tertentu.
“Saya kata, adalah haram menyebarkan berita yang berbaur fitnah,” ujarnya.
“Pemberita yang menulis tentang sesuatu fitnah memanglah haram. Kita bercakap secara umum. Saya tak refer kepada mana-mana pihak. Itu terpulang kepada pengertian masing-masing,” ujarnya.

http://www.keadilandaily.com/surat-pembaca-utusan-hanya-layak-untuk-melayu-tak-bermoral/

No comments:

Post a Comment