Pages

Thursday 25 November 2010

.:Pesanan Sang Pemimpi:.

NASIHAT SYEIKH AL-TANTAWI KEPADA INSAN BERGELAR MUSLIMAT..
Kepada Puteriku,

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Tahukah engkau apa penyebabnya?
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. 

Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : Silakan masuk! dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..�tolong!.tolong…aku kecurian.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Aku bersumpah lagi: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab�. Bohong ¦bohong ¦demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

..:Sepatah Dua kata Dariku:.
Duhai An-Nisa', sedarlah!! Sesungguhnya di mata lelaki, kita dipermainkn..Kata2 manisnya usah dilayankan. Bersifat tegaslah kerana kau punya HAK! Jgn mudah t'makan dgn kata2 manis yg semuanya dusta..Percayalahh..

Dan ingatlah bhwa bkn sang Ar-Rijal shja yg mahukan perempuan yg b'tudung labuh, mnutup aurat n so on..bahkan An-Nisa' juga mahukan lelaki yg soleh, yg dpt m'bimbingnye ke jln Syurga dan msih mengetahui batas2 p'gaulan..

              Wanita..hiasan dunia,
seindah hiasan adlh wanita solehah..
Yg akn m'bahagiakan syurga, dlm rumah tangga..

Renung2kanlah..peringatan buat diriku yg lupa, tdk b'niat mnyggung sesiapa..
(firman Allah --> fazakkir innama anta muzakkir:
berilah p'ingatan krn ssguhnya aku hnya p'beri pringtn)
Wallahualam..jazakallahu-hu-khair !

No comments:

Post a Comment